ABM


1. ALAT BANTU MENGAJAR



KHAN ACADEMY
Khan Academy merupakan satu laman sesawang yang dicipta khas oleh seorang bekas penuntut Universiti Harvard dan kaedah ini merupakan kaedah yang kreatif selaras dengan kemajuan teknologi. Merangkumi subjek kalkulus,trigonometri, kimia, fizik, biologi, ekonomi, matematik, sains sosial dan akaun.
Kaedah ini membantu pelajar untuk memahami sesuatu bab dengan mudah dengan cara pengajaran teknik yang berbeza. Selain itu, pengajaran melalui saluran terkini seperti You Tube dan penggunaan warna dapat menarik ramai pelajar untuk memahami sesuatu dengan lebih mudah.
Khan Academy juga menggunakan pendekatan auditori dan visual. Di samping itu, huraian nota yang diberikan lengkap, tidak menggunakan teori semata-mata dan menggunakan pendekatan dunia yang sebenar. Tambahan, Khan Academy memberikan contoh semasa untuk memudahkan proses pemahaman.



2. “Peta Minda Kunci Universal Pemikiran Manusia


Peta minda telah diperkenalkan oleh Tony Buzan pada akhir tahun 1960. Peta minda juga dikenali sebagai “swiss army knife for the brain” oleh orang barat. Menurut Tony Buzan (2002), penggunaan peta minda amat meluas dalam bidang perniagaan dan pendidikan. Matlamat Tony Buzan membina peta minda adalah untuk membolehkan manual operasi otak manusia berfikir secara kreatif dan kritis.
Tujuan pengggunaan peta minda;
  • Untuk membuat nota mudah pada sesebuah topik.
  • Mengingat sesuatu dengan mudah.
  • Menggabungkan dan menyeimbangkan penggunaan otak kiri dan otak kanan.
  • Satu teknik memori dan mengeluarkan idea yang kompleks.


Peta minda sememangnya dapat memberikan impak yang besar dan penting ke atas pembelajaran pelajar. Selain dapat menyalin nota dengan mudah, mereka juga dapat membaca nota tersebut dengan cepat dan berkesan. Di bawah merupakan contoh peta minda yang paling praktikal;



3. Apakah yang dimaksudkan dengan SmartDraw?


Smartdraw merupakan sebuah perisian yang dinyatakan sebagai perisian grafik. Ia dibangunkan oleh SmartDraw.com. SmartDraw digunakan untuk membuat graf , carta alir, carta gant, persembahan grafik, mereka bentuk perisian dan bermacam lagi. Walaupun perisian ini dinyatakan sebagai perisian grafik perniagaan namun ia juga sangat sesuai untuk pelbagai bidang lain seperti sekolah dan sebagainya.

Kelebihan penggunaan SmartDraw:
  • Menjimatkan masa  untuk mencari bahan yang diperlukan.
  • Memberi idea dan juga pendapat bagi menghasilkan kerja yang lebih kreatif.
  • Segala kerja yang dilakukan dalam smartdraw ini boleh dipindahkan ke word,excell dan power point dengan mudah sekali. Ini kerana ia telah menyediakan 'link button' ke aplikasi tersebut. 


* Bagi menambahkan pengetahuan anda mengenai smart draw, anda semua boleh menekan pada url yang saya sertakan-  http://www.youtube.com/watch?v=oVbBchNFYDY

No comments:

Post a Comment