Pembaca perlu menentukan tahap kesukaran bahan yang hendak dibaca. Jika
pembaca memilih bahan bacaan yang mempunyai tahap kesukaran yang tinggi akan
menyebabkan pembaca kurang mendapat pemahaman dari bahan bacaan tersebut.
Pembaca juga perlu pastikan bahan bacaan itu hanya mempunyai sedikit kesukaran.
Jika terlalu banyak pembaca tidak faham terhadap sesuatu terutamanya istilah
dan perlu merujuk kamus akan menyebabkan pembaca letih, keliru dan putus asa
untuk meneruskan proses membaca. Hal ini kerana pembaca perlu mengumpulkan
semua makna istilah atau kata-kata yang baru diterima untuk difahami dan ia
memerlukan masa yang panjang bagi sesetengah pembaca. Oleh itu, pembaca
perlu memulai proses membaca dengan memilih bahan bacaan yang mudah difahami.
Memilih
Tajuk Bacaan
Cara seterusnya adalah dengan memilih tajuk bahan bacaan. Pembaca yang
bijak akan memilih tajuk bahan bacaan yang biasa dan selesa dengan dirinya.
Kebiasaaan pembaca dengan sesuatu tajuk membantu pembaca untuk lebih mudah
meneka makna perkataan yang jarang ditemui. Keadaan ini dapat mengurangkan
jurang pengetahuan bahasa pembaca. Sebagai contoh, seseorang yang baru hendak
berjinak dengan akhbar perlu membaca teks akhbar yang tajuk menarik dan sesuai
dengannya. Apabila sudah mempunyai sedikit pengetahuan, barulah beralih kepada
tajuk yang lain.
No comments:
Post a Comment