1. Fizikal
Masalah Visual
- mengenal huruf serta urutan huruf-huruf
- lambat dalam pergerakan mata dan tumpuan kepada baris-baris yang tercetak
- membezakan huruf-huruf seperti ‘b’ dan ‘d’, ‘p’ dan ‘q’.
Masalah Pendengaran
- mendiskriminasikan bunyi-bunyi huruf yang berlainan
- membunyikannya menurut irama (rhythm) dan nada (pitch).
- mendengar dengan jelas
2. Persekitaran
Rumah & Keluarga
- Peringkat pendidikan ibu bapa
- Minat ibu bapa dalam tabiat membaca
- Kestabilan sosial dan emosi dalam keluarga
- Corak interaksi dan komunikasi
Sekolah & Guru
Persekitaran yang merangsang murid-murid untuk
membaca.
- Guru menyediakan suasana yang mendororong proses dan pengukuhan pembelajaran membaca.
- Pengalaman di sekolah memberi kesan mempengaruhi pencapaian murid dalam bacaan.
- Guru merangsang, meningkatkan tahap motivasi, membina efikasi kendiri pelajar
- Guru menyediakan pelbagai aktiviti serta menggunakan pelbagai pendekatan dan strategi agar tabiat suka membaca menjadi satu kebiasaan.
Cara Mengatasi Masalah dalam pembacaan.
1. Perkara yang diambil perhatian
Antara teknik pengajaran bahasa yang dicadangkan
ialah:
- teknik bercerita
- teknik menyanyi
- teknik latih tubi
- teknik lakonan
- teknik tunjuk cara
- teknik kuiz
- teknik bersoal jawab
- teknik main peranan
Rancangan Pengajaran Secara Kumpulan:
Langkah 1 : Interaksi guru Secara kelas Secara
kelas
Langkah 2 : kerja bertulis Interaksi guru Secara
kumpulan
kecil
Langkah 3 : Pengukuhan Kerja bertulis Interaksi
guru secara individu
2. Program intervensi
Berpusatkan Guru
- Guru merancang dan menjalankan tugas secara individu dan murid akan belajar berdasarkan apa yang disampaikan dan diarahkan oleh guru sahaja.
Berpusatkan Murid
- Murid diberi galakan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dirancangkan sama ada secara individu, kumpulan kecil ataupun kelas.
Berpusatkan Bahan
- Bahan-bahan pembelajaran yang diperlukan telah disusun, sesuai dengan perancangan yang dibuat. Murid diberi penerangan yang jelas tentang keperluan aktiviti yang akan dijalankan.
“Setiap masalah yang berlaku, pasti ada jalan
penyelesaiannya..Jadikan MINDA untuk berfikir jalan keluar, HATI sebagai proses
penapisan masalah dan JIWA untuk menjadikan kita lebih baik”