Assalamualaikum dan Salam
Sejahtera...
Buat para pencinta ilmu sekalian...
Meskipun akar ilmu itu pahit tetapi buahnya pasti lazat. Maka, jangan pernah takut dan jemu untuk menuntut ilmu. Marilah kita bersama-sama untuk memperkayakan ilmu di dada. Oleh yang demikian, hari ini saya ingin berkongsi satu ilmu dengan anda semua tentang teori yang digunapakai dalam proses membaca.
Terdapat pelbagai teori yang di kemukan oleh para ilmuan berkaitan dengan proses membaca ini. Berikut di bawah antara teori-teori yang sering di gunakan.
i) Model
Bottom-Up
Tokoh utama teori ini ialah Gough (1972). Model ini menyatakan individu memulakan proses membaca apabila matanya mengenalpasti maklumat visual yang tertera dalam teks yang dibaca secara berterusan. Pemprosesan membaca bergerak secara linear, iaitu dimulakan dengan mengecam huruf, mengekod pada tahap fonem, mengecam perkataan-perkataan dan akhirnya hubungan sintaksis dan semantik.
Tugas
utama pembaca menurut teori ini adalah mengkod lambang-lambang yang tertulis
menjadi bunyi-bunyi bahasa (Harjasuna, 1996). Brown
(2001) menyatakan bahawa pada proses bottom-up membaca terlebih
dahulu mengetahui berbagai tanda linguistik, seperti huruf, morfem, suku kata,
frasa, petunjuk gramatik dan tanda wacana, kemudian menggunakan mekanisme
pemprosesan terus ke otak.
Antara
perincian yang ditekankan di dalam teori ini ialah:
a)
memberikan penegasan pada teks bertulis.
b)
membaca dipandu oleh proses yang bertujuan mencari maklumat.
c)
timbul daripada bahagian pada keseluruhan teks.
ii) Model Top-Down
Teori ini dikenal sebagai model
psikolinguistik dan teori ini telah dikembangkan oleh Goodman (1976) dan Smith
(1971). Model ini melihat kegiatan membaca bersifat linear tetapi
bergerak dari atas ke bawah.
Model ini menghuraikan beberapa
perkara penting sebagai panduan iaitu:
a) menegaskan perkara atau makna
yang pembaca bawa kepada teks yang di baca.
b) menyatakan pembaca membaca
teks berpandukan makna teks.
c) timbul daripada aspek
keseluruhan teks pada bahagian-bahagian yang akhirnya mewujudkan makna.
d) dikenali sebagai model ‘Dalam
Ke Luar’, ‘Berpandukan Konsep' atau 'Keseluruhan ke Bahagian'.
Antara ciri yang berkaitan dengan model membaca ini:
a) membaca tidak hanya
mengekodkan bahasa tulisan pada bahasa lisan.
b) membaca tidak melibatkan
pemprosesan setiap huruf dan setiap kata.
c) membaca adalah membawa makna
dalam teks dan bukannya mengeluarkan makna daripada teks.
Rumusan berkaitan dengan Model
ini:
a) menegaskan perkara yang di
miliki oleh pembaca seperti pengetahuan terdahulu dan pengetahuan pada teks
yang di baca bagi tujuan pemahaman.
b) menyatakan yang kefahaman
bermula daripada minda pembaca yang mempunyai beberapa gugusan idea berkaitan
dengan teks yang di baca.
c) makna diterbitkan daripada
aspek keseluruhan teks pada bahagian-bahagian kecil.
Model jenis ini mengandaikan
membaca sebagai proses yang aktif bagi membentuk makna melalui interaksi antara
pembaca dengan teks. Berbeza dengan model-model lain, model ini melihat proses
membaca sebagai pola berbentuk pusingan dengan maklumat tekstual dan aktiviti
mental pembaca wujud secara serentak.
Model ini mencadangkan pembaca
membina makna dengan cara mempunyai kuasa memilih maklumat daripada semua
sumber makna tanpa mematuhi mana-mana set arahan. Semua peringkat membaca di
gunakan oleh pembaca.
Model ini menggunalan cetakan
sebagai input dan makna sebagai output. Pembaca yang mahir mestilah dapat
menggunakan pancaindera, sintaksis, semantik, maklumat pragmatik, bagi
menyempurnakan matlamat.
iv) Model
Transactional
Teori ini dipelopori oleh Louise Rosenblatt. Dewey
& Bentley (1949) mengatakan bahawa pembelajaran tidak hanya merupakan
interaksi antara dua perkara yang berasingan yang saling bekerjasama
tetapi dua benda menjadi satu.
Model
ini di katakan sebagai Model Transactional kerana wujudnya transaksi antara
pengarang, pembaca dan juga teks. Teori ini menjelaskan bahawa pendirian
pembaca akan menentukan pengalaman yang akan diperolehi daripada teks
tersebut.
"Hidup ini bagaikan sebuah titian yang perlu dilalui oleh setiap insan di dunia. Oleh itu, merentaslah di titian yang teguh yang dibina dari kayu-kayu ilmu pengetahuan yang kukuh."